UPM Bantu Pupuk Pelajar Minati Fizik

8 Mei 2015

Program Kem Outreach Fizik anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang disertai 176 pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban(SGS) baru-baru ini, memberikan impak dan anjakan paradigma kepada peserta, yang mendapati subjek itu mudah dan seronok dipelajari berbanding tanggapan mereka sebelum ini.

Program itu dikendalikan oleh UPM STEM - Outreach Physics yang diketuai Pensyarah Kanan Fakulti Sains, Dr. Yap Wing Fen, turut membabitkan 38 orang mahasiswa Kelab Fizik UPM yang berperanan sebagai fasilitator dalam program berkenaan.

Dr Yap berkata, kajian mendapati pelajar aliran sains sekolah menengah atas mempunyai persepsi bahawa pembelajaran mata pelajaran Fizik amat sukar dan membosankan.

Date of News: 
8 May 2015

Back to News