Seminar ‘Bringing STEM to Live 2015’ tingkat pembelajaran sains negara

28 Julai 2015

Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan seminar Bringing STEM To Live 2015 bagi meningkatkan minat pelajar untuk memilih bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai karier masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Profesor Negara Prof. Datuk Raduan Che Ros berharap penganjuran seminar itu akan menyuburkan agenda pembelajaran sains dalam menjadikan negara lebih cemerlang.

“Harapan saya UPM melakukan usaha berterusan untuk sama-sama menjayakan matlamat negara yang kini mensasarkan 60 peratus daripada kanak-kanak dan belia memilih pengajian dalam bidang STEM,” katanya ketika merasmikan seminar STEM di Dewan Taklimat, UPM di sini.

Beliau berkata, seminar itu menyediakan platform para penyelidik dari institusi akademia dalam sains dan matematik untuk bertukar pandangan dalam mempertingkatkan penemuan terkini dalam pengajaran serta pembelajaran dalam bidang STEM.

Date of News: 
28 July 2015

Back to News