Tahap Kefahaman dan Salah Konsep Terhadap Konsep Daya dan Gerakan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat

Publication Issue: 
Volume 37, Issue 1, 2016
Page No: 
1090
Date Received: 
Tuesday, October 11, 2016
Authors' Name: 
Ahmad Tarmimi Ismail
Shahrul Kadri Ayop
Authors' Affiliation and Address: 
Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim, Perak
Abstract: 
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kefahaman dan salah konsep pelajar tingkatan empat terhadap konsep Daya dan Gerakan. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan instrumen FCIspm yang diadaptasi daripada Inventori Konsep Daya (FCI) dan Indeks Ketakpastian Jawapan (CRI). FCIspm telah disahkan oleh dua orang pakar bidang dan menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi (KR20=0.85). FCIspm digunakan ke atas 300 pelajar yang dipilih secara rawak kelompok. Data dianalisis menggunakan kaedah statistik-deskriptif, statistik inferensi dan matrik keputusan. Dapatan menunjukkan tahap kefahaman bagi sampel kajian adalah pada tahap rendah (24.3 +/ - 9.8)%. Kumpulan sampel mempunyai salah konsep dalam semua item yang diuji. Tiada perbezaan yang signifikan antara jantina terhadap tahap kefahaman (t=1.3, p=0.1) dan tahap salah konsep (t=1.8, p=0.1). Kesimpulannya, tahap kefahaman sampel berada pada tahap yang lemah dan sampel mempunyai salah konsep yang banyak di dalam konsep Daya dan Gerakan. Implikasinya, kajian ini menunjukkan keperluan transformasi strategi dan pendekatan pembelajaran Fizik untuk mengatasi salah konsep khususnya dalam konsep Daya dan Gerakan, dalam skop populasi yang terpilih.

UNA