Sumbangan Penguasaan Asas Fizik Dan Matematik Terhadap Keupayaan Pengaplikasian Fizik Bagi Topik Mekanik Tingkatan Enam

Publication Issue: 
Volume 41, Issue 1, 2020
Page No: 
10037
Date Received: 
Monday, September 14, 2020
Authors' Name: 
Haryati Kamarrudin
Lilia Halim
Lilia Ellany Mohtar
Authors' Affiliation and Address: 
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor
Jabatan Fizik, Fakulti Sains & Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak
Abstract: 
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sumbangan tahap penguasaan asas fizik dan asas matematik terhadap tahap keupayaan aplikasi konsep fizik dalam menyelesaikan masalah topik mekanik. Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah campuran dengan menggunakan ujian objektif dan ujian bertulis ke atas 63 orang pelajar dan seterusnya sesi temu bual melibatkan lima orang pelajar. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan asas fizik, asas matematik dan tahap keupayaan aplikasi konsep fizik berada pada tahap yang sederhana. Seterusnya, didapati penguasaan asas fizik menyumbang lebih banyak terhadap keupayaan pengaplikasian konsep fizik berbanding dengan penguasaan asas matematik. Hasil temu bual pula menunjukkan halangan yang menyebabkan pelajar tidak boleh mengaplikasikan konsep fizik dalam menyelesaikan masalah yang berasaskan kehidupan seharian ialah kegagalan pelajar menguasai konsep asas fizik dan asas matematik. Implikasi kajian ini ialah guru fizik perlu mengajar fizik secara konseptual bagi pelajar berupaya untuk menyelesaikan masalah fizik dalam kehidupan seharian di samping menghubungkaitkan asas matematik dan asas fizik dalam pengajaran fizik.
Manuscript: 
FileSize
PDF icon jfm2020_Vol41No1_10037.pdf153.43 KB

UNA